Wednesday, 30 August 2006

erti kemerdekaan

merdeka. setiap kali menjelang tarikh keramat 31 Ogos, seluruh negara berlumba-lumba menunjukkan cara mereka menghayati erti kemerdekaan. sepanjang bulan ogos menyaksikan timbulnya semula kisah-kisah perjuangan. kisah payah getir yang dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan.

bagi seorang pemuda yang lahir di zaman yang merdeka itu disambut dengan sorakan dan persembahan bunga api, sukar dimengertikan apakah itu sebenarnya erti kemerdekaan sebenar. bukan memperkecilkan segala usaha penat lelah tokoh-tokoh terdahulu, tetapi atas dasar melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza, mungkinkah Tanah Melayu ini mengalami nasib yang berbeza sekiranya ia masih di bawah jajahan Inggeris?

rentetan laluan kemerdekaan bermula secara rasminya setelah Jepun berjaya menawan Malaya, sekaligus menyedarkan masyarakat Melayu akan Inggeris yang selama ini dianggap sebagai tidak terkalah rupa-rupanya hanyalah manusia biasa. punyai kelemahan. Tentera Nippon yang mulanya melaungkan slogan "Kesemakmuran Bersama Asia Raya" akhirnya membawa kesengsaraan lebih teruk dari pemerintahan Inggeris.

sekembalinya Inggeris ke Malaya, mereka disambut dengan rakyat Malaya yang sudah berubah dari zaman penjajahan terdahulu. Kini mereka lebih kental, mereka lebih bersemangat dan mereka sudah mendapat satu kekuatan yang baru. tanah warisan pusaka bukan hak Inggeris.

dari Malayan Union, ke Persekutuan Malaya. hinggalah hari ini.

apakah agaknya yang mungkin terjadi sekiranya Inggeris tidak membebaskan Malaya, sebaliknya memberikan kuasa autonomi? mungkinkah kita pada hari ini akan menjadi seperti Australia? ataupun akan lebih mundur akibat menjadi mangsa eksploitasi Inggeris?

apakah sebenarnya erti kemerdekaan? dan apakah cara yang sewajarnya untuk meraikan ulangtahun kemerdekaan? apakah relevannya diadakan konsert, mahupun "countdown"? dalam konteks meraikan kedatangan tahun baru, sambutan sedemikian mungkin relevan kerana ia adalah sambutan seluruh dunia. hari kemerdekaan?

setiap manusia punya pandangan dan cara yang berbeza dalam menghayati kemerdekaan. bagi saya, cukuplah dengan hanya duduk di rumah menonton televisyen sambil dihiburkan dengan persembahan bunga api dan perarakan tentera dan segala senjata-senjata yang kita ada.

merdeka itu adalah keadaan di mana kita sendiri yang menentukan hala tuju dan nasib bangsa dan negara.

3 comments:

Anonymous said...

agreed Bet. i think we would be far more advanced and civilized today if we were still under British governance. our independence was just to fulfill some people's lust for power, and that remains true until today. (i hate you kerabat2 diraja, waste of people's money)

Unknown said...

hurmm..as always, ropai with his "hot" critique. i can't say i'm totally agree with, yet i do not disagree.
on the thing concerning kerabat diraja, well, lets just say that i still believe the concept of kedaulatan diraja.
:)

Anonymous said...

well, if not kerabat diraja, somebody WILL habiskan duit kerajaan, most likely the higher-ups in the govt.
just look at republic types of govt around the world...
too much corruption in malaysia, semua org mau kuasa utk dpt byk duit.
and i'm sick of racial politics, soooo 1950's.
if things do not improve in 5 years, i'm leaving.

Latest Feedback(s)

Followers

Blog-Hop

Archive