Sunday, 5 October 2008

azamilizzat berfikir dalam warna hitam dan putih - bahagian 2

(image courtesy of tantan. you may visit her blog over here)
edited: pesanan penaja oleh intan suria
"jgn lupe krdt kt my cuz tau.. filzah athirah name die.. n oso me la kn.. haha :P"

Salam Aidil-Fitri.

Apa yang terjadi ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Kabinet pada hari raya pertama, perlu dilihat dan dianalisis dari beberapa perspektif. Tidak dinafikan, akan berlaku pertimbangan berat sebelah, ataupun "bias", tetapi dasar inilah yang mematangkan kita semua. Mengapa? Pertembungan antara pendapat yang berat sebelah akan mewujudkan perbincangan atau perdebatan, yang pastinya akan melahirkan hujah-hujah yang konkrit dan padu, seterusnya membantu kita membuat keputusan bermaklumat (informed decision).

Tindakan mereka yang hadir pada majlis tersebut, lengkap berpakaian yang terang-terang menyatakan pendirian mereka terhadap lanskap sosio-politik negara, menunjukkan betapa rakyat Malaysia kini lebih terbuka dalam mengekspresikan pendapat mereka. Satu kemajuan, di mana kini rata-rata rakyat sudah berfikiran terbuka (tidak semestinya matang. itu masih lagi diragui) dan kurang bertaklid pada satu pendapat sahaja. Memakai kemeja-t dengan slogan "bebaskan RPK", "Hapus ISA" dan sebagainya, pada pendapat azamilizzat adalah tidak jauh berbeza dengan remaja yang gemar memakai kemeja-t dengan slogan yang menarik perhatian (adakalanya mengganggu konsentrasi azamilizzat), seperti "i'm with stupid", "what are you looking at", "grunge is not dead" dan sebagainya. (azamilizzat turut mempunyai kemeja-t yang berwarna biru muda dan mempunyai tulisan berwarna merah jambu "do i look like i care?"). Pendapat azamilizzat, asalkan apa yang tertera di kemeja-t mereka tidak menyentuh isu-isu sensitif, mahupun terang-terangan mengutuk individu, maka biarkan sahaja mereka berpakaian begitu. Biarlah kita memberi peluang perniagaan kepada peniaga dan pemilik kilang pakaian tempatan. Hasilnya, ekonomi tempatan akan meningkat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tetapi azamilizzat sedikit ragu, kerana kemungkinan besar pakaian-pakaian tersebut ditempah dari negara jiran, kerana kos yang lebih murah.

Dan aksi kanak-kanak 5 tahun menyampaikan kad kepada Pak Lah? "priceless" (izinkan azamilizzat menggunakan bahasa Inggeris). Tahniah diucapkan kepada HINDRAF dan sesiapa sahaja yang terlibat, kerana itu adalah satu perbuatan yang sememangnya bermotifkan untuk mendapat publisiti, dan menagih simpati masyarakat tempatan dan luar negara. azamilizzat berasa kasihan terhadap kanak-kanak tersebut, kerana dipergunakan oleh pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Tindakan tersebut mungkin diadaptasikan dari filem-filem Hollywood, Bollywood dan mungkin juga dari industri filem tempatan.

Pelakon Tambahan 1: aku dengar budak 5 tahun yang bagi kad tu kat Pak Lah?
HINDRAF 1: betullah tu. kesian budak tu. dan Pak Lah amat kejam kerana tidak menyampaikan hajat budak tu.
Pelakon Tambahan 1: kenapa pulak?
HINDRAF 1: kesian laa dekat budak tu. 5 tahun pulak tu. bapa kena tahan ISA. lepas tu bila merayu dekat Pak lah, dia tak layan. itu baru budak 5 tahun. yang comel dan kesian dia. camne kita plak? kita yang seharusnya dibantu, dan sepatutnya Pak Lah dengar kata kita. ini tidak! sedangkan budak 5 tahun pun dia tak kesian, ko ingat dia kesian ke dengan kita semua? tidak!!
Pelakon Tambahan 1: hurmm.. betul gak tuh. dasar tak berhati perut!

entahlah. dimaklumkan bahawa azamilizzat lebih gemar melihat sesuatu dari kedudukan atas pagar. lebih luas pemandangan, katanya.

1 comment:

~lalala~ said...

loh.. ko pki gamba tu utk ni ke.. haha

during raya, i turn my ears n eyes totally deaf pasal politic... br skrg ku tau ade mamat2 pki t-shet gitu ek g jemuan raye.. hrmm.. x gune nye tetamu! dh ah dtg umah org, mkn free, dpt duit raye lg mau naik angin! hish!

Latest Feedback(s)

Followers

Blog-Hop

Archive